Bagi mereka yang ingin menukar nama kenderaan kepada owner baru di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi. Berikut adalah syarat-syarat tersebut:
- Bagi kereta, pemilik kenderaan perlu menghantar kenderaan ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) untuk pemeriksaan. Seterusnya, pemilik lama dan pemilik baru perlu melakukan thumbprint.
- Bagi motosikal pula, pemeriksaan PUSPAKOM tidak diperlukan. Pemilik lama dan pemilik baru hanya perlu melakukan thumbprint.
- Tempoh yang diberikan untuk proses thumbprint adalah tujuh hari dari tarikh tukar nama kenderaan.
- Bagi urusan jarak jauh, pemilik kenderaan boleh memilih untuk membuat thumbprint secara berasingan di JPJ.

Bagi kos tukar nama kenderaan, berikut adalah kadar bayarannya:
- Kos tukar nama kenderaan bagi kereta adalah sebanyak RM135 tanpa termasuk kos insurans dan cukai jalan (roadtax).
- Bagi motosikal, kos tukar nama adalah sebanyak RM3 tanpa termasuk kos insurans dan roadtax.
PUSPAKOM pula mengenakan bayaran sebanyak RM35 untuk pemeriksaan kenderaan dan JPJ pula mengenakan caj sebanyak RM100 kepada pemilik baru selepas proses thumbprint.
*check harga terkini di JPJ
Bagi pemilik yang gagal menukar nama kenderaan, sebab-sebab yang mungkin termasuk:
- Tuntutan hak milik kenderaan yang belum terbatal.
- Kenderaan belum melalui pemeriksaan PUSPAKOM.
- Proses ini hanya wajib bagi kenderaan selain motosikal.
- Mempunyai saman yang belum diselesaikan.
rujukan: Akhi Akmal