Prosedur Interchange Nombor Plate Kenderaan JPJ

Bagi mereka yang ingin menggantikan nombor plat kenderaan lama dengan nombor plat baru atau sebaliknya, terdapat prosedur dan syarat yang perlu dipatuhi. Antaranya, pemilik kenderaan baru harus memastikan bahawa kenderaan baru belum berdaftar. Selain itu, terdapat beberapa dokumen yang perlu disediakan.

nombor plate kereta ff8888
Image by No-longer-here from Pixabay

Proses pertama adalah membawa kenderaan lama ke PUSPAKOM untuk menjalani pemeriksaan walaupun masih berhutang juga dibenarkan, berbeza dengan proses tukar nama.

Pemilik kenderaan juga perlu memastikan bahawa nama pemilik kenderaan lama dan kenderaan baru adalah sama. Kenderaan lama juga harus bebas daripada saman.

Setelah selesai dengan pemeriksaan PUSPAKOM, pemilik kenderaan perlu mengemukakan beberapa dokumen di JPJ untuk membuat Interchange. Dokumen yang perlu disediakan termasuklah:

  • Borang K1 (Pendaftaran Kenderaan Baru)
  • Borang JPJ K1A (Borang Interchange)
  • Borang Laporan Pemeriksaan PUSPAKOM B2
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Geran Kenderaan Lama
  • Roadtax lama (jika masih aktif)
  • Borang Istihar Kawasan JPJ

Proses Interchange ini akan dikenakan kos sebanyak RM200 termasuk dengan kos roadtax sebanyak RM10. rujukan: Akhi Akmal

Scroll to Top