Cara Memperbaharui Roadtax Kereta Pemilik Mati

Bagi pemilik kenderaan yang telah meninggal dunia, memperbaharui roadtax bagi kereta mereka boleh menjadi agak sedikit berbeza dengan pemilik masih hidup. Terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi untuk melengkapkan proses ini.

Pertama sekali, anda perlu memastikan insurans kereta masih aktif. Insurans perlu hidup seperti biasa. Selepas itu, anda boleh memohon untuk menyambung roadtax @Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi tempoh 6 bulan sahaja. Jika roadtax itu mati anda boleh sambung 6 bln lagi.

roadtax motor

Perlu diingatkan bahawa ini berbeza dengan proses biasa, di mana roadtax boleh disambung untuk tempoh setahun.

Urusan memperbaharui roadtax atau LKM ini hanya boleh dilakukan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan tidak boleh dilakukan secara dalam talian atau di Pejabat Pos.

Anda perlu mengunjungi JPJ secara peribadi untuk melengkapkan proses ini.

Anda perlu menukar pemilik nama kenderaan yang telah meninggal dunia kepada pemilik baru dalam masa 3 tahun. Jika anda tidak melakukan proses ini, roadtax anda tidak akan dapat diperbaharui.

Perlu diingatkan bahawa perbezaan antara pemilik yang masih hidup dan pemilik yang telah meninggal dunia adalah berkaitan dengan roadtax sahaja. Insurans tetap boleh diperbaharui seperti biasa, iaitu untuk tempoh setahun. rujukan: Zamron Mat

Scroll to Top