Marco Bezzecchi menang untuk kali pertama dalam karier Motogp nya di litar Argentina dalam trek basah. Menunggang laju bersama jentera Ducati Mooney VR46 Racing Team kepunyaan lagenda Italy Valentino Rossi untuk meninggalkan J.Zarco ditempat kedua dengan perbezaan masa lebih 4 saat, dan A.Marquez ketiga.
Bezzecchi tidak dicabar dari awal perlumbaan lagi nampak yakin dengan jentera yang ditala sempurna oleh pasukannya walaupun ada berkata pada pagi hari perlumbaan:
“Saya merasakannya pagi ini. Saya merasakan bahawa saya benar-benar baik. Tetapi kemudian, apabila saya melihat hujan, saya terdesak, secara jujur, “Bezzecchi “
Kemudian lanjut berkata disaat perlumbaan
“Dalam memanaskan badan, saya tidak tahu, saya melompat di atas basikal [dan] perasaan itu luar biasa. Juga pada basah. Jadi saya berkata, ‘OK, saya boleh lakukan ini’. Dan perlumbaan itu hebat.”
dilaporkan di https://the-race.com/
MotoGp Argentina 2023
Seperti dikatanya, dengan keyakinan akhirnya membawa kemenangan pertamanya di kelas premier MotoGp dengan catatan masa keseluruhan 0:44:28.518 di litar Argentina itu dalam trek basah.
Marco Bezzecchi kini mendahului carta mata keseluruhan kejuaraan 2023 Motogp dengan 50 mata setelah mengutip 34 mata penuh, untuk meninggalkan pesaing kedua dan juga juara dunia semasa F.Bagnaia ditempat kedua dengan 41 mata. Bagnaia terjatuh semasa berada ditempat kedua dan perlumbaan hanya berbaki 8 pusingan lagi untuk tamat.
Media source: https://youtu.be/CSIfNMx2OMY