motor tak boleh hidup sebab main banjir ini ubat dia

 Syok main banjir tiba-tiba mati dan start balik tak boleh hidup, macam-mana nak berubat tu?.

Punca motor mati ketika banjir ada 2 perlu diketahui iaitu karburator masuk air atau berlaku pintasan elektrik. Karburator masuk air bermakna air masuk lalu bercampur dengan minyak.Ini akan mengakibatkan pembakaran jadi tidak sempurna

Kesan pembakaran tidak sempurna ialah motosikal jadi sempot(tersentak-sentak) langsung mematikan enjin.



Air boleh mengakibatkan berlaku pintasan elektrik pada motosikal.Kompenon yang mempunyai aliran elektrik pada motosikal tergolong dalam sistem nyalaan.

Benda-benda seperti plug,koil plug,cdi dan wiring ini alah pada air.Walaubagaimanapun ia tidak terkesan pada kuantiti air yang kecil kecuali jika ditenggelami banjir atau air yang banyak


Karburator_ ialah alat bekerja untuk mencampurkan udara dan minyak petrol untuk pembakaran dalaman enjin. Bermakna tiada campuran air disini ya geng..


Ia adalah jantung motosikal yang berada pada bahagian atas enjin atau lebih tepat di atas selinder head,walaupun kedudukannya diatas namun masih boleh membuatkan motosikal sempot atau terus mati saat meredah banjir,lopak air.kenapa ya?




Bagaimana air memasuki ke dalam karburator ketika banjir


Jika enjin ditenggelami air, bermakna air boleh masuk ke dalam karburator dari banyak sudut, tapi macam mana air boleh masuk juga jika air tak sampai ke karburator pun (ketika meredah air cetek)

Pada kebiasaan kita lihat ada dua atau tiga wayar getah pada karburator jenis biasa.Wayar atau paip getah ini disambung pada tiap-tiap lubang yang ada pada karburator.


Anda boleh nampak dengan jelas pada takungan karburator iaitu di bahagian bawahnya selalu terdapat satu lubang buang minyak.Pada asalnya ia disalur melalui paip getah memanjang kebawah.


Yang kedua terdapat lubang yang berfungsi sebagai saluran udara pada kiri dan kanan kaburator.Paip saluran inilah yang harus diawasi kerana ialah punca utama.


Jika silap pada bahagian ini Ia akan menyedut udara bersekali air masuk ke kaburator.


Dan cara atasi anda perlu selit paip getah ini secara melintang bukan kebawah seperti paip buang minyak.Selit lebih tinggi dari paras yang boleh ditenggelami air.Ini bagi memastikan yang air tidak disedut masuk kedalam karburator motosikal anda disaat meredah banjir..




Cara elak air masuk ke karburator


Perkara yang boleh dilakukan untuk elak hindar supaya air tak masuk ke dalam karburator motosikal sedara dan sedari

Perhatikan dan ikuti langkah-langkah dibawah..

dibawah..

Gambar cara elak kaburator masuk air

Kerana masalah wayar ini berada kebawah lalu mejadi saluran air masuk

Cara; perbetulkan kedudukan secara mendatar lurus dan selitkan kearah dalam bukan kebawah

cara hindar kaburator motor dari masuk air

Gambar wayar kaburator 3

 

Cara buang air dalam karburator


langkahnya hanya perlu sebatang pemutar skru jenis leper

Gambar screwdriver kecil

buka skru dibawah ini mengikut arah lawan jam beberapa saat memadai minyak yang bercampur air dalam takungan karburator habis keluar melalui wayar saluran bawah takung karburator

Gambar cara buang minyak kaburator1

Gambar cara buka skru Kotor kaburator

Setelah itu ,tutup skru semula ikut arah jam(jangan terlalu kuat ikatan)

Hidupkan enjin motor beberapa  minit dan matikan semulah,ulang langkah buang minyak kotor tadi

dan korang selesai


Bagaimana pula dengan motor tenggelam air, nak repair macam mana?

Bonus disini kita sebut sikit pasal motor tenggelam air dan macam mana cara nak repair pakai balik.

Saya syorkan bila motor lepas tenggelam banjir jemur dulu tengah panas 1 atau 2 hari kalau tak ada angin compressor kerana air yang bertakung pada wayar/ suis boleh menyebabkan pintasan lektrik. Kesannya boleh rosak wiring dan soket-soket lampu.

cara hidupkan motor lepas banjir


Ok bahagian enjin pula macam ni langkah-langkahnya;

1- Buka spark plug dan ekzos lalu start enjin(switch off). Ini supaya air yang bertakung di atas kepala piston dan ekzos boleh dibuang keluar


2- Minyak petrol dibuang dan diganti jika motor tenggelam habis.


3- Karburator buat sahaja cara diterangkan di atas, kalau tenggelam banyak hari perlu buka karburator dan servis


4- Minyak hitam perlu diganti baru. Biasanya minyak akan jadi warna putih seperti cat bila bercampur air,

Harap selepas ini motor boleh hidup lagi dan boleh lah sambung main bainjir tu :))

Sumber berkata