Tesla memanggil balik Model 3s masalah seat belt

 Tesla mengumumkan penarikan semula kereta Ev mereka disebabkan terdapat masalah pada pemasangan seat belt mereka yang terkesan kira-kira 24,000 Model 3s di US yang dikilangkan dari 2017 hingga 2022. Kereta-kereta ini dipanggil semula kerana ia tidak dapat dibetulkan melalui OTA bermaksud melalui software update seperti masalah tingkap kereta mereka yang boleh dibuat tanpa perlu owner melawat pusat servis mereka.

seat belt Tesla


Masalah seat belt Tesla Model 3

Dengan penarikan balik baharu ini, pengeluar mengumumkan bahawa ia terus “memanggil semula kenderaan Model 3 tertentu secara proaktif yang dikeluarkan antara 2017–2022 untuk memeriksa pemasangan tali pinggang keledar sebelah kiri baris kedua dan sauh tali pinggang keledar tengah untuk memastikan komponen diikat. mengikut spesifikasi.”

Pihak mereka mendakwa masalah Tesla Model 3 ini adalah bukan dari awal pemasangan sebaliknya setelah pemasangan semula dipusat servis. Kesilapan teknikal dipersalahkan kepada prosuder pemasangan di pusat servis Tesla

Namun pihak mereka menenangkan pemilik Tesla bahawa boleh menghantar kereta masing-masing yang terjejas pada bila-bila masa senang kerana ini bukan arahan segera. Tiada kecederaan telah dilaporkan akibat kecacatan ini.

Semua kedai Tesla telah pun dimaklumkan tentang penarikan balik Model3  dan pemilik akan mula menerima e-mel pemberitahuan bermula pada 20 Disember. Dalam notis penarikan balik, pengilang menyatakan bahawa jika pemilik telah membayar untuk menyelesaikan masalah ini pada masa lalu, mereka mungkin layak untuk bayaran balik. Sumber berkata