Kenapa orang takut rod bunyi? Dengar sini suara dia

Bagi yang ada fahaman sikit tentang enjin, benda paling takut berlaku pada motor mereka ialah bila rod bunyi. Ya, khasnya motor la disini, kalau kereta jarang benda ni berlaku kecuali kereta yang sangat berusia atau kereta yang buat “lenjan”.

Bunyi rod goyang boleh dikesan bagi orang yang tahu, ia berbunyi seperti ada orang sedang bertukang di dalam enjin…huh! Macam mana tu? Mainkan video dibawah post ini.


Kesan Rod bunyi

Rod berbunyi petanda ianya sudah longgar, longgar kerana pemakaian yang telah lama dan sekarang sudah tiba untuk digantikan dengan yang baru. 

Takut? Ya memang takut la, sebabnya banyak duit akan keluar untuk proses menukar rod (connecting rod) kerana sesebuah enjin itu perlu di overhaul.


Kenapa orang takut rod bunyi?


Enjin kena overhaul

Overhaul bermaksud semua komponen enjin akan dibuka keluar, dileraikan satu-persatu. Tapi jika disebut top-overhaul, ia bermaksud hanya komponen atas/depan enjin sahaja akan dileraikan oleh mekanik.

Oleh kerana overhaul menuntut masa yang panjang dan rumit, maka kos upah akan dikenakan pastilah tingggi. Kos yang paling tinggi didalam kerja repair enjin selain modifikasi. Rujuk mekanik dibengkel berdekatan.

Punca utama Rod goyang

Seperti yang disebutkan di awal kata, selain itu punca utama masalah rod ialah minyak hitam. Ya minyak hitam ni mandatori hukumnya kena jaga. Apabila kurang minyak hitam diberikan pada bearing rod, makanya permukaan akan cepat haus, kelamaan akan menjadikan ada ruang diantara rod dengan pin. 


rod rosak

Kesan haus pada pin rod akan memberi ruang kosong disitu, jadi hentakan yang kuat akan berlaku semasa piston menerjah ke bawah dan ke atas. Lalu inilah yang berlaku menjadikan enjin bunyi bising kerana rod rosak.


Lanjutan, kelamaan ia biasanya menyebabkan bearing rod pecah, menyebabkan enjin jem dan kadang kala menyebabkan rod retak dan patah. Yang pasti kerosakan enjin yang fatal akan berlaku.


Jadi jangan cuba jalan tanpa minyak hitam, yang malas tukar minyak hitam tu jaga-jaga.

Macam mana bunyi rod goyang pada motor Yamaha LC135

Dengarkan bunyi enjin yang syahdu dibawah ini. Adakah sama bunyi dengan enjin motor anda sekarang. Kalau sama, itu tanda rod sudah rosak, Tapi kalau bunyi sama pun, mungkin juga bunyi bising pada motor anda tu bukan disebabkan rod, mungkin hanya clutch yang bunyi…rujuk dengan mekanik dulu, jangan risau.

-Video dengar bunyi rod enjin motor-