OBD II Jejak masalah kereta anda melalui phone sahaja

Adalah lebih baik sebelum memulakan perjalanan, pemilik kereta mengetahui kondisi kereta masing-masing tambahan pula jika perjalanan jarak jauh. Dengan OBD II semua boleh dibuat dengan mudah walaupun anda bukan mekanik, hanya download aplikasi anda boleh jejak masalah kereta dengan menggunakan phone sahaja. Kereta rosak? Takda masalah lagi anda sendiri boleh repair dengan alat pengesan ini.

Apa Itu OBD?

 OBD (On-Board Diagnostics) merupakan sistem komputer di dalam kenderaan yang menjejak dan mengawal prestasi kereta. Sistem komputer on-board ini mengumpul maklumat daripada rangkaian penderia di dalam kenderaan, yang kemudiannya boleh digunakan oleh sistem untuk mengawal sistem kereta atau memberi amaran kepada pengguna tentang masalah. 

Semenjak diperkenalkan pada 1980 sistem OBD kini digunakan secara meluas pada kereta seluruh dunia, dan variasi terbaru adalah OBD 2.

2 metod maklumat sistem OBD 2 dibaca iaitu melalui scanner diagnostik kendiri atau yang tanpa wayar (bluetooth)

Apa scanner OBD II boleh buat?

OK terdapat banyak jenis scanner OBD II diluar sana yang boleh didapati dikedai atau secara online salah satunya sebagai contoh ThinkDiag keluaran Thinkcar. Suport untuk pelbagai jenis kereta termasuk Tesla mahupun Proton


Lihat video kegunaan OBD2 scanner ini dalam kerja membersih throttle body

Pelbagai kegunaan diagnostik untuk pemilik atau mekanik;


OBD 2 Bluetooth scanner
Shopee Link

*Perlu menggunakan aplikasi official Thinkcar yang boleh didownload di Google PLay Store


Manfaat OBD ketika pembelian kereta second hand

Bagi aplikasi Carly menyimpan data jarak perjalan kenderaan itu, anda dapat akses untuk mengetahui jarak perjalanan terkumpul yang sebenar makanya tidak akan ada manipulasi mileage kereta



OBD2, secara ringkas

Pengimbas automotif OBD2 bersambung ke port diagnostik kereta yang terletak di kawasan pemandu.

OBD adapter




Cucuk dan sambungkan ia ke scanner pula ke aplikasi mudah alih pada telefon pintar anda melalui Bluetooth atau Wi-Fi. Sekadar On kan switch tanpa menghidupkan enjin ketika proses ini

Apl boleh membaca dan mentafsir kod ralat yang disimpan.

Ia juga boleh memadamkan kod ralat sebaik sahaja kesalahan telah dibetulkan.