Minyak hitam kering-Tanda dan Punca berlakunya

 

Minyak hitam perlu dijaga bagi setiap enjin bermotor yang menggunakannya. Setiap sampai waktu perlu ditukar ganti tidak boleh dilewatkan. Sebulan sekali, 2 bulan sekali bergantung pada jarak perjalanan harian atau jenis minyak hitam itu dan jangan tunggu sampai minyak hitam kering kerana kerosakan yang teruk boleh berlaku pada sesebuah enjin itu. Kompenon-kompenon enjin seperti piston,crankshaft,camshaft,clucth semua akan rosak dan enjin perlu overhaul.

Punca minyak hitam kering 

Kereta atau motor sistem enjinnya adalah sama apabila melibatkan masalah ini. Punca minyak hitam kering atau makan minyak hitam adalah seperti berikut; 

-kebocoran oil seal 

 -kebocoran gasket 
 -kebocoran seal injap pembakaran dalam

– Seperti valve minyak dan valve dan Valve ekzos (untuk enjin 4 stroke sahaja). 

 -Haus pada silender/blok atau biasa Orang sebut blok longgar

-Gegelang Omboh(piston ring) rosak

gambar enjin bocor minyak

Tanda-tanda minyak hitam kurang

Anda boleh kesan jika enjin anda minyak hitam kurang seperti enjin bunyi bising atau kasar tidak seperti selalu, dan semakin bising setiap hari, juga bila hampir kering akan mengeluarkan bau hangit. Terus check level minyak hitam (motor) check minyak kereta  jangan tunggu enjin jem.
 

Minyak enjin berkurangan

Lain hal yang boleh menyebabkan minyak hitam berkurangan sehingga menyebabkan ia kering ialah

Oil seal atau getah penebat sering di lihat pada shaft gear atau shaft starting dan beberapa tempat lagi boleh ditukar ganti dari luar.

Gasket ialah kertas atau logam nipis yang dibuat untuk menutup belahan pada enjin untuk mengelakan kebocoran minyak hitam/pelincir enjin.kebocoran akan menyebabkan minyak enjin berkurangan dan kelamaan mengering.

kesimpulan

Seperti yang disarankan kepada semua pengguna motor iaitu sentiasa periksa minyak hitam cek minyak hitam sebelum memulakan perjalanan.Jika minyak berkurangan perlulah dibuat pemeriksaan lanjut.Adapun minyak hitam sedikit kurang adalah normal bagi sesebuah enjin motor.Bocor minyak hitam perkara utama punca minyak kering.