Ciri terbaru minyak hitam motor Shell 100% original asli

Salam, sedikit perkongsian maklumat tentang ciri yang membezakan minyak hitam/minyak pelincir/4T Shell original/asli supaya anda tidak tertipu dengan minyak hitam/minyak 4T tiruan yang berlambak dipasaran pada masa kini. Terkini, sumber terus admin dapat dari pengedar minyak Shell ketika membuat oder stock bengkel admin mengatakan yang membezakan minyak 100% asli dengan tiruan pada produk 4T oil mereka ialah dengan terpasang kod rahsia disebalik lebal depan pada botol minyak itu.Scanning QR code Shell akan tertera selepas tapelan label dikopak seperti gambar dibawah

Gambar minyak Shell ax3 original
Shell SAE-40

Satu lagi ciri perbezaan fizikal pada botol minyak Shell iaitu double layer penutup atas selepas dibuka seperti yang anda perhatikan dibawah.

gambar penutup minyak 4t shell asli

2 ciri ini ialah terdapat hanya pada minyak hitam Shell yang original keluaran terbaru(packing) seperti didalam gambar “UNTUK PASARAN MALAYSIA”

Gambar QR code Shell advance ax7
Shell ADvance AX7
QR code yang boleh di scan itu terpasang pada semua model minyak 4T Shell Advance versi terkini. 
OK harap selepas ini jika membeli 4T dari jenama Shell sila koyakkan label untuk mempastikan samada ia adalah minyak original 100% Shell atau tiruan, jika perlu silalah discan code itu. Jika tak mahu risiko tertipu dengan minyak murah/tiruan boleh lah membeli secara online di kedai Shopee admin di alamat ini   https://shopee.com.my/product/209378505/6441412690/
admin jamin 100% original dari Sell dealer. T kasih.