Jika anda macam kita semua pengguna kereta biasa benda pada enjin dibawah bonnet yang diketahui semata-mata hanya beberapa benda seperti bateri, tempat isi air coolant dan juga dipstik penyukat aras minyak hitam. Bila sekali kereta rosak, pergi jumpa mekanik mulalah kita dengar bunyi pelik-pelik disebut mereka membuatkan kita tercengang
Jadi disini kita bakal akan kenali beberapa barangan atau komponen enjin kereta anda. Pertama sekali ketahui bagaimana enjin kereta bekerja dan kemudian kita fahami pula sedikit sebanyak tentang apa fungsi komponen enjin seperti cylinder head, cylinder block, piston, timing belt dan sebagainya
Cara enjin kereta bekerja adalah dengan menukar isian petrol kepada gerakan apabila enjin dihidupkan, proses berlaku dikawasan pembakaran enjin(combustion chamber). Apabila gear dimasukkan dan clutch(manual) dilepaskan ia akan menghasilkan gerakan kerana kuasa enjin telah dialih tugas kepada sistem transmisi pula.
Kawasan pembakaran dalaman enjin petrol 4 lejang
Setakat ini enjin kereta menggunakan konsep enjin pembakaran 4 lejang/stroke samada enjin pakai petrol atau diesel.
Secara mudah memahami cara enjin 4 lejang ialah ia akan melakukan 4 gerakan untuk menghasilkan satu pembakaran di ruang kebuk pembakaran dalaman.
Antara 4 gerakan itu ialah merangkumi proses pengambilan minyak+udara,dimampatkan,diletupkan(spark plug) akhir sekali melepaskan bahan bakar(asap), ia berlaku secara berulang dengan waktu yang amat pantas sekali dari 0 sehingga 12000 pusingan per minit atau lebih. Antara komponen-komponen enjin yang terlibat:
Carburetor/fuel injection
Di bawah bonnet kereta dapat dilihat sebuah kotak hitam itu adalah air filter tempat masuk udara menuju ke carburetor atau fuel injection.
Samada carburetor atau Fi ia adalah alat yang bekerja untuk mencampurkan minyak petrol sama bahan api kepada nisbah tertentu untuk disedut masuk ke ruang pembakaran dalaman
Cylinder head
Di bawah cover penutup setelah dibuka keterlihatan block alloy panjang dan terdapat beberapa biji spark plug disitu. Cylinder head terdapat komponen didalamnya seperti valve dan camshaft, alat untuk pengaturan waktu pembakaran berlaku mengikut kitaran 4 lejang tadi. Juga pada cylinder head terdapat rongga-rongga aliran minyak hitam dan juga coolant.
Piston(omboh)
Piston atau omboh adalah berbentuk cylinder biasanya diperbuat dari alloy, dan mempunyai gelang padanya disebut piston ring. Piston bekerja didalam cylinder block.
Fungsi piston adalah sebuah alat penujah kuasa untuk memutarkan crankshaft( yang berada dikedudukan lebih kebawah). Piston bersambungan dengan crankshaft menggunakan rod penyambung/connecting rod.
Kepala piston setelah lama kereta digunakan akan kelihatan hitam kerana di antara bahagian itu dan ruangan keatas(cylinder head) tempat berlaku pembakaran dalam enjin.
Cylinder block
Cylinder block berada selepas cylinder head di angkat. Ia adalah sebuah block panjang berlubang 4,6,8 seterusnya mengikut jumlah piston. Cylinder block adalah perumah bagi piston.
Kerosakkan(longgar,calar) pada lubang block akan mengakibatkan masalah kepada enjin seperti kuasa melemah, ekzos berasap kebiruan, makan minyak hitam dan sebagai.
Timing belt dan fan belt
Timing belt berada pada bahagian sisi enjin. Tali pinggang ini berfungsi sebagai alat perhubungan pergerakan crankshaft dengan camshaft untuk mengatur pembakaran seperti yang telah diterangkan di atas
Boleh baca lagi cara tukar timing belt
Fan belt berada lebih luar dari timing belt. Berbentuk tali pinggang panjang untuk berhubungan gerakan komponen enjin serentak seperti alternator, power steering pump, water pump, air conditioning compressor, air pump, etc.
Baca lagi cara tukar serpentine belt
Masalah umum kereta
Dengan begitu banyak alatan bekerja dengan gerakan pantas sekali di dalam enjin setiap masa lambat laun akan memberi kesan beragam kepada enjin kereta masing-masing. Disini adalah antara masalah kereta yang dihadapi pengguna kesan dari pemakaian komponen-komponen yang diceritakan di atas dan tanda-tandanya:
- Hilang compression – hilang kuasa, misfiring, atau tak mahu hidup
- Block enjin retak – overheat, asap keluar dari ekzos, leaking coolant, biasanya keterlihatan disebelah sisi enjin
- Kerosakan piston/ring-menyebabkan enjin bunyi kasar, asap(kebiruan) banyak keluar dari ekzos
- Rod,bearing rosak- enjin berbunyi ketukan/bising terutama sekali saat tarik pickup, terdapat habuk besi pada tukaran minyak hitam
Sumber:
1-
https://www.sunautoservice.com/car-engine-parts/
2-https://www.womenonwheels.co.za/tips/basic-engine-parts/
Sekarang sedikit sebanyak kita tahu apa yang ada di bawah bonnet kereta dan apa yang benda-benda tu sentiasa buat saat kita memandu. Dilihat sesuatu yang rumit bagi pengguna biasa tapi penjagaannya adalah simple, menuntut buat secara berkala iaitu tukar minyak hitam/enjin, air, belting, dan juga bateri. Rujuk pengeluar masing-masing.