Salam, selepas admin menemui produk “engine flush” yang dijual di web shopping online, admin menjadi berminat mengetahui untuk menggunakan produk pembantu membersihkan dalaman enjin kereta ini. Sebaliknya setelah “research” mengenainya admin menemui beberapa jawapan yang mungkin membantu anda untuk membuat keputusan untuk terus mencuba menggunakan engine flush atau jangan guna.
Jawapan menidakkan kegunaannya: membersihkan dalaman enjin dengan engine flush pada kereta moden adalah bahaya, membuatkan poket owner “koyak” jika kereta itu makan minyak hitam, berlaku kebocoran oil seal dan lebih teruk apabila pecahan besar kotoran/lendir deposit menyekat aliran pelincir akibatnya akan memusnahkan enjin kereta itu dan sudah tentu anda tidak inginkan ia berlaku kepada anda.
Apa itu engine flush dan bagaimana ia berfungsi
Engine flush adalah proses membersihkan enapcemar hasil deposit dalam enjin anda selama bertahun-tahun. Anda perlu menambah cairan chemical produk engine flush tertentu kepada minyak pelincir, dituangkan melalui penutup minyak pelincir. Chemical engine flush itu berfungsi sebagai agen yang akan menanggalkan enapan deposit dalam enjin yang kita tidak dapat buat menggunakan scraper dari luar, kecuali enjin dibuka.
Video contoh kotoran enjin disini
Kemudian hidupkan kereta selama 10-15 minit untuk membolehkan pelincir yang sudah bercampur itu mengalir ke semua bahagian enjin dan mencabut, membersihkan kotoran deposit yang melekat pada tempat tertentu. Kemudian, anda perlu mengepam keluar/membuang minyak pelincir itu, menggantikan penapis minyak, dan mengisi dengan pelincir baru.
Baik atau buruk engine flush dari kata mekanik
Admin ada merujuk kepada mekanik berpengalaman tentang dilema baik atau buruk kereta membuat engine flush. Katanya lebih kepada jangan sekali-kali flushing engine mana-mana kereta baru atau kereta lama
Melihat chemical engine flush akan menanggalkan segala kotoran yang melekat dalam enjin, adalah tidak bagus bagi kereta lama. Kerana kadang komponen enjinnya sudah bersesuain dengan enapan deposit
itu sendiri pada part seperti piston ring.
Makan minyak hitam-Penggunaan dalam usia yang lama membuatkan berlakunya proses hakisan perlahan-lahan pada selinder blok enjin kereta itu, blok longgar boleh mengakibatkan kereta makan minyak hitam(pelincir), disini ada sedikit talian hayat bagi sebuah enjin lama kerana kotoran itu sendiri menolong menutupi ruangan kecil antara celah ring piston dan selinder blok mengelakkan pelincir terlepas dan dibakar bersama-sama petrol. Ini seperti kejadian selepas flush, kereta mula berasap putih lebih banyak yang merupakan tanda-tanda kereta itu mula membakar lebih banyak pelincir dari petrol. Kesannya minyak pelincir lebih cepat susut dari biasa, bakal kering tanpa disedari. Kuasa enjin kereta itu pula semakin mula melemah kerana telah banyak hilang mampatan enjin akibat engine flush.
Oil seal bocor-Kotoran deposit telah melekat lama pada oil seal di bahagian enjin juga kadang adalah sesuatu yang baik, selepas sahaja enjin di cuci dengan chemical ini sekali lagi masalah timbul. Minyak mula bocor di celah-celah oil seal dan membasahi lantai pula. Harga oil seal tidaklah mahal untuk ditukar tapi bagaimana jika oil jauh kedalam enjin tentunya kos baiki adalah lebih mahal.
Aliran pelincir tersumbat– lagi teruk apabila kotoran yang tertanggal secara berkeping-keping semasa flush engine, jika ia menghalang laluan atau menutupi lubang kecil aliran pelincir anda boleh memusnahkan enjin kereta anda.
Cara menjaga enjin kereta supaya bersih tanpa membuat engine flush
Pada kereta baru anda tak mahu kerosakkan serius berlaku kerana kos baikpulih tentulah jauh lebih mahal dari kereta lama. Mungkin terpaksa tersadai dibengkel agak lama menunggu order sparepart dari luar sampai.
Oleh itu, adalah lebih baik prihatin dalam penjagaan enjin kereta anda, memastikan kebersihan operasi enjin selalu dengan kerap menukar minyak pelincir dan oil filter. Kemajuan pembuatan minyak pelincir kereta zaman sekarang, lihat pada botol pelincir Petronas, kandungan minyak agen detergent yang akan menangkis berlakunya deposit awal, ini adalah advantage bagi semua pemilik kereta moden supaya tidak risau lagi memikirkan engine flush. Tukar minyak pelincir lebih awal waktu tukar adalah baik untuk menjaga enjin, contohnya minyak sentetik boleh sampai 20k batu, anda buat 10k saja…ini adalah lagi baik asalkan poket tak koyak
Kesimpulannya
Jadi setelah diketahui serba sedikit maklumat di atas, nampaknya admin tidak jadi beli chemical engine flush untuk dicuba guna pada kereta admin, mungkin ada kebaikan engine flush tapi semestinya bukan dengan kaedah kegunaan seperti cara di atas kerana ia terlalu berisiko.