motul 7100 100 peratus synthetic bagus ke tak

Gambar minyak Motul 7100

Jarang orang guna minyak pelincir sintetik/synthetic  untuk motor mereka sebab tu kita susah mahu dapat tahu sama ada bagus ke tak minyak pelincir enjin itu.Jadi hari ini diperkenalkan untuk anda satu pelincir sintetik buatan pengeluar terkenal dunia iaitu Motul 7100.

Minyak motul 7100 ialah jenis pelincir 100% sintetik iaitu dikira lebih baik pelincir fully synthetic tanpa cop seratus peratus sintetik.Perbezaan kedua-dua pelincir ini anda boleh lihat sekejap pada artikel blog ini yang terdahulu kerana ceritanya hari ini ialah tentang prestasinya setelah dicuba pada motor Yamaha lc135.

Kesan lepas guna minyak Motul

Saya tanya kepada pemiliknya “minyak hitam apa yang kau pakai?”..dia jawab ” motul 7100,sebelum ni pakai motul 3100″..

Lepas pakai macam mana kesannya,bagus ke? Katanya lepas pakai minyak motul ni motor rasa lebih ringan dan enjin pun kurang bunyi bila jalan jauh seperti sebelum ni.
Boleh baca screen shot  testimoni dari whatsapp antara saya dengan owner motor lc ni.Maaf bahasa loghat Terengganu..faham ka?

Gambar testimoni minyak motul
Gambar testimoni dari whatsapp

Beliau turut menunjukkan kesan minyak itu setelah 3500km perjalanan.Brother ni memang jenis jaga enjin motor tak mahu tunggu waktu tukar lama-lama sangat.

Boleh tengok sendiri ya,warna minyak motul ni masih merah lagi jika diperhatikan betul-betul.Untuk pengetahuan anda minyak pelincir motor 4-stroke ni memang cepat hitam..2,3 hari lepas tukar dan dibuang pasti warna asalnya hilang,terus jadi hitam.Tapi motul 100% sintetik ni memang amat mengkagumkan kesannya dan berbeza sekali dengan jenis Minyak pelincir motor lain.

Gambar motor Yamaha lc135 tukar minyak enjin

Ok,cukup itu saja perkongsian info singkat untuk kali ini.Kalau mahu cuba minyak ni ada dijual dikedai motor berdekatan anda kalau tak ada ditempat anda,boleh beli online saja dengan saya harga  sekitar RM70 pada tarikh ini.

Gambar minyak pelincir Motul 7100

Ingat ya saya tidak ada kaitan langsung dengan Motul,bukan promosi minyak dia atau mendapat apa-apa komisen dari mereka,cuma sebagai info tambahan kepada anda pengunjung blog saya ini yang ingin cuba guna pakai minyak pelincir sintetik untuk motor anda pada kali ini.Seperkara lagi yang sentiasa saya pesan iaitu sila rujuk pengeluar motor anda mengenai minyak yang disyorkan terutama kod kelihatan minyak pelincir itu.sekian terima kasih.