Enjin motor skuter adalah paling hampir dengan enjin kereta penumpang iaitu menggunakan 2 minyak berasingan.Minyak hitam digunakan pada bahagian enjin utama yang melibatkan komponen enjin seperti piston,crankshaft serta bearing sahaja,manakala pada bahagian gear kedua-dua enjin menggunakan minyak khas untuk gear yang disebut minyak gear.
Walaubagaimanapun perkara yang paling jelas membezakan di antara enjin kereta dan motor skuter ialah kuasa enjinnya.Enjin kereta lebih berkuasa berbanding dengan enjin skuter itu menjadikan ia sering berputar dalam keadaan minimum atau bermaksud enjin berkerja dalam keadaan tidak begitu memaksa.Berlainan dengan motor skuter yang lebih pada putaran (rpm) tinggi pada setiap masa perjalanan.Oleh itu ia menjadi faktor yang membezakan jenis minyak hitam yang perlu dipakai pada kedua-dua enjin kenderaan itu.BUKAN TIDAK BOLEH TAPI KURANG SESUAI dari segi penjagaan komponen dan prestasi enjin.
Di atas sebab di atas itu,eloklah motor skuter lebih sesuai pakai minyak khas untuk skuter bukan untuk kereta.Berpandukan kod minyak dan dan jenis minyak samada mineral,semi-synthetic atau fully synthetic dan waktu tukar yang tepat anda boleh pilih dari mana-mana brand minyak hitam sekalipun contohnya seperti di bawah;
Shell advance AX5
Keterangan minyak;
Minyak Shell untuk motor scooter enjin 4-stroke dengan teknologi Shell Active Cleansing untuk menangkis kotoran yang boleh mendap didalam takungan minyak.Mengurangkan enjin bunyi bising dan memanjangkan jangkahayat enjin.
SAE J 300 15W-40.
Patuhi standard: API SL, JASO MB.
Jenis: mineral
Castrol Activ
Keterangan minyak;
Skuter Aktif Castrol dengan ZipBoosters terus melindungi enjin dari deposit tenaga engine untuk membantu skuter anda tetap bertenaga sebagai baru.
Standard;
API SL
JASO MB
Jenis:mineral
Motul Scooter Expert
LE 10W30 Technosynthese
Keterangan minyak;
Kawalan unggul dalam deposit membina terutamanya di bawah suhu operasi yang tinggi, membantu mengekalkan keupayaan motor . Mengurangkan geseran enjin, membantu pengambilan lebih pantas dan perjalanan yang lebih lancar.
Standard;
API SJ
JASO MB
Jenis:mineral
Petronas Sprinta A300 10W-30
PETRONAS Sprinta A300 10W-30 dirumuskan dengan teknologi UltraFlex yang meningkatkan kestabilan minyak untuk menahan tekanan motosikal . Ini membantu untuk memberikan tunggangan yang lebih baik, memberikan basikal anda lebih lama.Minyak hitam Petronas ini sesuai untuk semua jenis enjin skuter petrol 4-lejang yang mana dihasilkan oleh pengeluar Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat yang beroperasi di bawah keadaan normal dan menunggang teruk.
Standard;
API SL ,JASO MB
Jenis:mineral
Itulah di antara minyak hitam khas untuk motor skuter 4-stroke(Lejang) yang boleh di lihat lebih detail lagi di laman web mereka sendiri.Seperti biasa keutamaan ialah sentiasa merujuk kepada pengeluar motor anda.