Panduan Tukar Minyak hitam pelbagai motor

Beberapa pengetahuan yang perlu sebelum menukar minyak hitam motor

Sebelum menukar minyak hitam motor sendiri pastikan anda tahu di mana letaknya skru buang minyak hitam motor yang anda pakai itu.Ini adalah kerana setiap motor itu kebanyakannya tidak sama tempat buang minyak hitamnya terutama sekali jika ia berlainan jenis.

Tapi kebiasaannya adalah di bahagian paling bawah enjin.
Saiz skru yang digunakan juga seringkali berbeza,contohnya motor Honda ex5 menggunakan skru bersaiz 17mm, manakala Yamaha Lagenda 110cc ialah skru bersaiz 12mm dan di tempatkan di sisi enjin sebelah kiri motor (rantai sprocket).

Gambar skru buang minyak hitam
Skru minyak hitam Lc135

Jika anda sudah mengetahui tempat buang minyak hitam motor anda maka boleh teruslah ikuti panduan Tukar Minyak hitam di bawah ini;

Langkah pertama adalah sudah pastinya di siapkan bahan-bahan seperti

  • 4t
  • Sepana buka skru
  • Playa
  • Bekas takungan
  • Filter minyak hitam jika pakai
  • Corong minyak hitam 

Gambar sepana buka minyak
Sepana Socket 

1.Mulakan dengan menegakkan posisi motor terlebih dahulu dengan menggunakan tongkat tengah (double stand)

2.Buka penutup lubang minyak hitam-Dipstik pada bahagian atas enjin di sebelah kanan enjin umumnya.Jika terlalu ketat untuk dibuka sila gunakan playa.Sebab utama melakukan hal ini ialah supaya memudahkan minyak hitam keluar kerana adanya aliran udara.

Gambar Dipstick
Dipstik 

3.Letak bekas takungan di bawah enjin bertentangan dengan lubang buangan.Pastikan bekas itu cukup untuk menampung
Minyak hitam lama yang akan keluar nanti.Kebanyakannya motor Cub ialah dengan isian 1 liter.

guna sepana yang bagus untuk buka skru


4.Buka skru buangan dengan menggunakan sepana sepadan saiz skru itu.Jenis sepana terbaik untuk nembuka skru minyak hitam ialah jenis sepana socket.Jangan gunakan sepana yang agak longgar kerana ia biasanya menyebabkan kepala skru loose.

arah buka minyak hitam

Buka skru mengikut arah jam dari posisi anda.Perhatian!
Sebenarnya arah membuka skru minyak hitam motor keluaran Jepun ialah arah berlawanan pusingan jam,inilah kekeliruan bagi sesetengah pihak.Lebih senang difahami jika di ‘imagine’ anda melihat skru itu dari arah bertentangan dengan  skru iaitu dari arah bawah motor,arah buka skru minyak hitam ialah melawan jam.

6.Cabut skru dan biarkan minyak lama keluar untuk beberapa minit.Jika tidak menitis lagi bermakna minyak itu sudah keluar habis.

7.Periksa ‘Sealing Washer’ pada skru,jika rosak sila ganti dengan baru.

Skru minyak hitam loose 

8.Masukan skru ke lubang buangan dengan tangan terlebih dahulu,pusing skru selagi boleh dan setelah itu baru gunakan sepana pengetat.Awas! Jangan terlalu kuat ketatkan skru minyak hitam kerana ini boleh menyebabkan benang skru minyak hitam loose.

berapa banyak nak isi minyak 


9.Isi minyak dengan isian yang telah ditentukan oleh pengeluar contohnya 800ml untuk motor Yamaha lagenda.Gunakan corong adalah lebih baik disini elak minyak tumpah.

10.Tutup Dipstik sehingga ketat,cukup ketatkan dengan tangan sahaja.

11.Hidupkan enjin beberapa minit sebelum matikan enjin pula

Cara mengukur paras minyak hitam motor 

12.Buka kembali penutup minyak hitam itu dan periksa aras minyak padanya.Cara mengukur paras minyak hitam motor ialah seperti ini;

Rapatkan pengukur sahaja pengukur,tidak perlu di ketatkan setelah itu angkat dan lihat paras/level yang telah di sukat itu.

Gambar penyukat minyak hitam
Rapatkan saja..

13.Jika minyak kurang tambahkan sehingga cukup,ketatkan skru dan anda selesai menukar minyak sendiri.

Tips menukar minyak hitam 

Pastikan anda sudah tahu lokasi tempat buang minyak hitam motor anda dan tips untuk memudahkan pencarian ialah mencari skru yang tunggal di bahagian bawah atau sisi enjin.Satu lagi biasanya skru itu kelihatan mempunyai washer/pelapik skru.Lainnya ialah pastikan untuk kerja ini enjin sudah turun suhu untuk mengelak berlaku kecederaan pada anda.

gambar minyak shell ax7,plug,air filter,gasket karburator ex5
Ada di kedai Shopee saya(link dibawah)
https://shopee.com.my/Set-servis-motor-Honda-EX5-Dream-power-minyak-4T-Carburetor-oring-air-filter-span-plug-gasket-i.209378505.3942114946

Video cara tukar minyak hitam motor Yamaha Lc135

Untuk mudah faham boleh tengok cara pomen ni tukar minyak hitam Yamaha Lc135. Motor lain pun sama juga stepnya cuma skru buang minyak hitam tu berbeza-beza mengikut jenis motor. Macam Lc dia guna skru 19, macam Honda skru buang minyak atau sepana saiz 17.